Setiap insan ada sifat malu. Malu adalah sebahagian sifat yang terpuji dan lambang maruah diri. Walaubagaimanapun, malu biar bertempat. Kadang-kadang sifat malu boleh menghalang kita daripada maju.

Malu untuk berbuat kejahatan adalah sesuatu yang dipuji. Tapi, malu untuk berbuat kebaikan adalah merugikan diri sendiri. Malu untuk kehadapan bagi memajukan jati diri amat merugikan. Bila diajak rakan untuk melakukan bidang kreatif dan persembahan pentas, kita akan terlepas dari melibatkan diri dalam bermasyarakat.

Sifat malu kalau pandai simpan dalam-dalam khususnya untuk perkara kebaikan, mencerminkan diri jelas kehebatan dalam ketrampilan. Erti keberanian akan terserlah. Ketakutan akan ke tepi. Gemuruh tidak lagi ada dalam kamus hidup kita. Kita akan ke depan lebih laju dan maju dalam persaingan.

Tubuh badan manusia ibarat sebuah negara atau kerajaan. Hati adalah Raja bagi seluruh anggota badan manakala akal adalah menterinya. Anggota tangan dan kaki adalah kekuatan tentera. Apatah lagi urat saraf dan organ-organ yang lain, boleh kita tamsilkan.

Akal dan hati mengambil peranan penting dalam mentadbir seluruh anggota zahir dan batin. Hati memerintah dan akal memandu mengikut pengalaman dan pengetahuan yang sudah tertanam mengikut arus kehidupan yang dijalani.

Bila akal jahat, ia boleh mempengaruhi hati untuk bertindak. Bila hati tiada pertimbangan , mudah sahaja ia menggerakkan anggota dalaman dan luaran. Terkadang hati menjadi mangsa bila akal memberi mesej yang boleh menyimpang dari yang sebenarnya.

Akal dan hati inilah perlu berkomunikasi setiap masa. Bila tersalah pandang, jalan yang lurus akan menjadi dua persimpangan. Kata orang, ikutkan rasa akan binasa, ikutkan hati nanti mati. Adakah rasa itu datangnya dari akal? Mungkin….. kerana apa? Kerana rasa itu berdasarkan pengalaman. Kita tidak akan tahu api itu panas bila kita belum merasa dulu bahangnya.

Akal yang waras boleh memandu hati menjadi lembut dan baik akhirnya seluruh anggota tidak akan membinasa dan merosakkan suatu pihak yang lain. Biarlah akal dan hati kita bersatu agar kita menjadi HAMBA YANG TAAT KEPADA PENCIPTA dan BERBUAT BAIK KEPADA CIPTAAN TUHAN (manusia, haiwan, makhluk yang lain di muka bumi ini, dll.)

pgntin003Kahwin / Kawin, bukan satu perkara mudah. Mudah di mulut tapi sukar dibuktikan kecuali perlu adanya pengorbanan. Bila sebut saja kahwin, terbayanglah duit. Tanpa duit, bagaimana perbelanjaan boleh  mewujudkan satu perkahwinan terlaksana.

Nikah atau kahwin, kedua-duanya memang sama. Bukan hanya untuk sehari, dua hari, malah ia adalah perjanjian yang dimeterai yang berpanjangan dan untuk seumur hidup.

Bukannya hanya kenikmatan yang dicari. Perkongsian hidup yang penuh mencabar. Kongsi suka dan duka. Kongsi harta dan segala-galanya. Perkahwinan yang berjaya, mewujudkan kebahagiaan yang diharapkan. Niat yang betul dapat membuktikan pengorbanan yang telah dilakukan dari keberanian dan tanggungjawab seorang lelaki.

Siapa pun yang bergelar bapa akan risau bila menjaga seorang anak gadis apatah lagi ramai bilangannya dalam rumahtangga. Memerhati untuk setiap masa amat mustahil bagi orang tua. Luar dari rumah bukannya kerja orang tua untuk mendampingi anak-anak.

Setelah lebih dua dekad memelihara dan mengasuh seorang anak gadis, tiba-tiba akan berpisah dan diserahkan kepada seorang lelaki yang bukan dari darah daging sendiri belum tahu asal usul dan perangai, terpaksa direlakan pergi. Demi kata cinta anak & bakal menantu, semuanya terpendam dalam jiwa seorang ayah dan ibu tercinta.

Amat malang bila seorang lelaki yang hanya menikahi atau mengahwini seorang perempuan hanya untuk hidup berasingan dan memisahkan keluarga isteri buat selama-lamanya. Kenanglah jasa dan pengorbanan orang tuanya yang kini bergelar mertua / mentua yang membesarkan isteri sejak darinya lahir, menjaga makan minumnya, menjaga keselamatannya, memberi pendidikannya, dan segala-galanya. Kita tidak akan terbayar apa yang dicurahkan dan dikorbankan untuk seorang anak gadis. Maklumlah menjaga seorang anak gadis mempunyai perbelanjaan yang lebih besar dari menjaga seorang anak lelaki.

Jangan kata sanggup sebelum kahwin tapi merasa sengsara bila mengharungi bahtera perkahwinan. Belum lagi mengharungi badai, sudah merasa sengsaranya berkayuh dilambung ombak kecil. Baru mendengar guruh di langit, kenapa cepat-cepat terjun ke air dan berenang ke pantai sedangkan isi bahtera tidak dihiraukan. Ketahanan diri perlu ada dalam perkahwinan.

Alangkah hinanya bila insan tidak mendidik hatinya mengenal akan kebaikan dan mengarah kepada kebaikan itu. Bila dah hati jadi angkuh, orang yang berada disekelilingnya yang memberi manfaat kepadanya seolah tiada apa yang disumbangkan kepadanya.

Insan yang tamak sentiasa mengharap sesuatu daripada orang lain tapi tiada apa dikongsikan kepada orang lain seadanya serta tak pernah bersyukur.  Sentiasa bersangka buruk bila orang tiada kemampuan memberikan sesuatu kepadanya seolah-olah secara paksa hendak meminta walau bukan dengan kata-kata.

Bukan Raja tapi berlagak sebagai Raja, bukan Tuan tapi berlagak sebagai Tuan kepada setiap orang. Kalau dah meniru lagak Firaun, zahirlah rasa diri lebih bertakhta kerana mempunyai harta dan kuasa. Harta dunia tidak semestinya boleh membeli apa saja, harta benda, kekuasaan, maruah insan, atau kedudukan. Bila Tuan melahirkan hamba, akhirnya hamba menjadi Tuan kepada Tuannya, sudah munculnya alamat yang akan berbicara. Kita tidak banyak belajar dari orang yang terdahulu daripada kita tetapi mudah menerima sesuatu yang dibawa oleh orang baru sedangkan benda itu datangnya daripada nenek moyang kita.

Orang segan bukan kerana harta, orang hormat bukan kerana nama, orang malu bukan kerana maruah, orang beramal bukan kerana takut semata-mata, orang takut bukan kerana kekuatan……… IMAN DAN TAQWA akan menjawab segala persoalan.

Mengapa sering terjadinya pertengkaran atau perkelahian antara dua belah pihak?

Ini kerana kedua-duanya tidak mahu mengalah. Walaupun kita berada di pihak benar atau sebaliknya, ada perlu dan ketikanya kita mengalah.

MENGALAH ITU BUKAN BERERTI KITA KALAH TETAPI ORANG YANG MENGALAH TANDANYA ORANG YANG BIJAKSANA.

Jika sepasang suami isteri ada sifat sedemikian, akan harmonislah rumahtangganya. Egois pasangan berbeza antara satunya.

Siapa kata kita boleh sembunyikan apa yang ada pada hati kita? Perasaan……?

Wajah kita mencerminkan apa yang ada dalam hati kita. Wajah yang terukir dari bibir, mata, dahi dan pipi boleh memberi peluang orang yang berpengalaman membaca apa yang tersirat pada yang tersurat. Apa yang perlu disembunyikan?

Bawalah berbincang dengan orang lain yang boleh anda percaya. Bila permasalahan disembunyikan dan ditanam dalam hati, lama kelamaan ia akan berakar dan merayap ke anggota yang lain. Akhirnya, kesihatan mental akan terjejas.

Hati adalah RAJA manakala akal adalah MENTERInya.

Air mengalir dari kelopak mata, setiap insan sudah tahu akan alamatnya. Tetapi, tahukah manusia akan hakikat dari alamat itu?

Tangisan insan tiada siapa tahu. Apatah lagi bila hati menangis. Hanya empunya diri sahaja yang tahu. Sang anak menangis keluar dari rahim ibunya, siapa tahu sebab apa dia menangis? Dia menangis, yang dah lama hidup pula rasa gembira atas penantian yang cemas.

Manusia lahir bersama tangisan, manusia mati juga dengan tangisan.

Ada manusia yang tega ketawa melihat tangisan duka orang lain. Kerana hati yang panas menjadi puas kononnya dendam dah terbalas…………..

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.