Beraja Di Mata, Bertuan Di Hati….
Alangkah hinanya bila insan tidak mendidik hatinya mengenal akan kebaikan dan mengarah kepada kebaikan itu. Bila dah hati jadi angkuh, orang yang berada disekelilingnya yang memberi manfaat kepadanya seolah tiada apa yang disumbangkan kepadanya.
Insan yang tamak sentiasa mengharap sesuatu daripada orang lain tapi tiada apa dikongsikan kepada orang lain seadanya serta tak pernah bersyukur. Sentiasa bersangka buruk bila orang tiada kemampuan memberikan sesuatu kepadanya seolah-olah secara paksa hendak meminta walau bukan dengan kata-kata.
Bukan Raja tapi berlagak sebagai Raja, bukan Tuan tapi berlagak sebagai Tuan kepada setiap orang. Kalau dah meniru lagak Firaun, zahirlah rasa diri lebih bertakhta kerana mempunyai harta dan kuasa. Harta dunia tidak semestinya boleh membeli apa saja, harta benda, kekuasaan, maruah insan, atau kedudukan. Bila Tuan melahirkan hamba, akhirnya hamba menjadi Tuan kepada Tuannya, sudah munculnya alamat yang akan berbicara. Kita tidak banyak belajar dari orang yang terdahulu daripada kita tetapi mudah menerima sesuatu yang dibawa oleh orang baru sedangkan benda itu datangnya daripada nenek moyang kita.
Orang segan bukan kerana harta, orang hormat bukan kerana nama, orang malu bukan kerana maruah, orang beramal bukan kerana takut semata-mata, orang takut bukan kerana kekuatan……… IMAN DAN TAQWA akan menjawab segala persoalan.
Tinggalkan Komen