Hati, Akal & Anggota

Tubuh badan manusia ibarat sebuah negara atau kerajaan. Hati adalah Raja bagi seluruh anggota badan manakala akal adalah menterinya. Anggota tangan dan kaki adalah kekuatan tentera. Apatah lagi urat saraf dan organ-organ yang lain, boleh kita tamsilkan.

Akal dan hati mengambil peranan penting dalam mentadbir seluruh anggota zahir dan batin. Hati memerintah dan akal memandu mengikut pengalaman dan pengetahuan yang sudah tertanam mengikut arus kehidupan yang dijalani.

Bila akal jahat, ia boleh mempengaruhi hati untuk bertindak. Bila hati tiada pertimbangan , mudah sahaja ia menggerakkan anggota dalaman dan luaran. Terkadang hati menjadi mangsa bila akal memberi mesej yang boleh menyimpang dari yang sebenarnya.

Akal dan hati inilah perlu berkomunikasi setiap masa. Bila tersalah pandang, jalan yang lurus akan menjadi dua persimpangan. Kata orang, ikutkan rasa akan binasa, ikutkan hati nanti mati. Adakah rasa itu datangnya dari akal? Mungkin….. kerana apa? Kerana rasa itu berdasarkan pengalaman. Kita tidak akan tahu api itu panas bila kita belum merasa dulu bahangnya.

Akal yang waras boleh memandu hati menjadi lembut dan baik akhirnya seluruh anggota tidak akan membinasa dan merosakkan suatu pihak yang lain. Biarlah akal dan hati kita bersatu agar kita menjadi HAMBA YANG TAAT KEPADA PENCIPTA dan BERBUAT BAIK KEPADA CIPTAAN TUHAN (manusia, haiwan, makhluk yang lain di muka bumi ini, dll.)




    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.